BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Rangkul Anugerah Labbaitom Lima Tahun Berturut-turut

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,808
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,808
Reaction score
98
Points
80

Malaysia Rangkul Anugerah Labbaitom Lima Tahun Berturut-turut​

b66bb5248f50e002458d9e297b54cc9e6a1a6302ba8cc

5133713b37a4a82c207edb790a2d34ab6a1a63293747a

4f08fd1607504930bceb1a30573c69a46a1a6343697ad

Kredit : Tabung Haji (TH)

Malaysia terus mengukuhkan reputasinya sebagai penanda aras pengurusan haji dunia apabila Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya mempertahankan Anugerah Labbaitom buat tahun kelima berturut-turut.

TH turut mengekalkan Diamond Award buat kali kedua pada musim haji 1447H/2026M, iaitu pengiktirafan tertinggi yang diberikan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi kepada institusi pengurusan haji terbaik dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan berkata pencapaian itu membuktikan model pengurusan haji Malaysia kekal relevan, berdaya saing dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

"Anugerah ini bukan sekadar pengiktirafan kepada Tabung Haji, tetapi juga pengiktirafan terhadap keseluruhan ekosistem pengurusan haji Malaysia yang dibangunkan sejak puluhan tahun.

"Ia merangkumi persiapan sebelum berlepas, pengurusan di Tanah Suci, aspek kebajikan, perubatan, bimbingan ibadah dan perkhidmatan selepas jemaah pulang ke tanah air," katanya selepas majlis penyampaian anugerah itu di sini, malam tadi.

Beliau berkata antara faktor menyumbang kepada kejayaan berterusan itu ialah budaya penambahbaikan yang menjadi amalan TH setiap kali musim haji berakhir.

Menurutnya, setiap maklum balas daripada jemaah dan petugas akan dinilai bagi memastikan kelemahan dapat diperbaiki manakala keperluan baharu jemaah dapat dipenuhi.

"Tabung Haji tidak pernah menganggap sesuatu sistem itu sempurna. Sebaik sahaja musim haji selesai, kita akan melaksanakan pascanilai secara menyeluruh untuk mencari ruang penambahbaikan.

 
Back
Top
Log in Register