BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Ucap Tahniah Kepada Andy Burnham Atas Pelantikan Sebagai Perdana Menteri UK

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,136
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,136
Reaction score
346
Points
141

Anwar Ucap Tahniah Kepada Andy Burnham Atas Pelantikan Sebagai Perdana Menteri UK​

3ff26e769ce63285991ab14ef412a6ff6a5e2dc9ce138

Foto: REUTERS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Andy Burnham atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri United Kingdom (UK), sambil menyatakan komitmen beliau untuk terus memperkukuh Perkongsian Strategik Malaysia-UK.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata beliau berharap dapat menjalinkan kerjasama dengan Burnham untuk membawa Perkongsian Strategik Malaysia-UK ke tahap seterusnya termasuk memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Digital dan memperluas usaha sama dalam bidang kecerdasan buatan, pendigitalan, tenaga bersih serta pertahanan.

Beliau juga menyambut baik pengakuan Burnham bahawa respons awal Britain terhadap penderitaan penduduk di Gaza tidak memadai dan gesaannya agar tekanan lebih besar dikenakan ke atas rejim Israel.

“Ketika banyak pihak di Barat bergelut untuk menunjukkan kejelasan moral yang dituntut oleh krisis ini, pengakuan itu amat dialu-alukan dan adalah langkah pertama yang penting,” katanya.

Perdana Menteri berkata tahun depan menandakan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik antara Malaysia dan UK, serta menyifatkan ia sebagai masa yang tepat untuk memperbaharui komitmen kedua-dua negara terhadap kerjasama yang telah lama terjalin dan bersama-sama mencorakkan lembaran baharu dalam hubungan dua hala.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri Keir Starmer atas sumbangan beliau terhadap hubungan Malaysia-UK sepanjang tempoh perkhidmatannya.

"Saya mendoakan kejayaan beliau dalam apa jua usaha yang akan diceburinya pada masa hadapan," katanya.

 
Back
Top
Log in Register