BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Ucap Tahniah Kepada Perdana Menteri India Atas Pencapaian Bersejarah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Anwar Ucap Tahniah Kepada Perdana Menteri India Atas Pencapaian Bersejarah​

2289bb16685e660995e2fad8264d56396a28c2c9cf747

Kredit PMO

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi, atas pencapaian bersejarah beliau sebagai ketua kerajaan yang dipilih secara demokratik paling lama berkhidmat di negara itu.

Menerusi hantaran Facebook beliau, Anwar berkata pencapaian itu mencerminkan dedikasi Modi selama bertahun-tahun dalam perkhidmatan awam serta kepimpinan beliau dalam memacu pembangunan, kemakmuran dan pengaruh India di pentas global.

"Setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri Modi atas pencapaian bersejarah beliau sebagai Perdana Menteri India yang dipilih secara demokratik paling lama berkhidmat,” kata Anwar.

Modi mula memegang jawatan Perdana Menteri India pada Mei 2014.

Anwar berkata Malaysia menghargai hubungan persahabatan erat telah sekian lama terjalin dengan India, serta menantikan kerjasama berterusan bagi memperkukuh hubungan dua hala dan memperluas peluang yang memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

“Saya mendoakan Perdana Menteri Modi terus mencapai kejayaan dan rakyat India terus menikmati keamanan, kemajuan serta kemakmuran,” kata beliau.

 
Back
Top
Log in Register