BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahmad Zahid, Jemaah Menteri Ucap Tahniah Atas Pelantikan Ismail Lasim Sebagai MB

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Ahmad Zahid, Jemaah Menteri Ucap Tahniah Atas Pelantikan Ismail Lasim Sebagai MB​

6dc78030860ca9e3906b990c70c703406a6f4f412bb9b


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Jemaah Menteri mengucapkan tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh Datuk Ismail Lasim atas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu.

Ucapan itu dizahirkan Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, menerusi hantaran di Facebook hari ini.

“Kepercayaan yang diberikan merupakan satu amanah yang besar dan saya yakin ia akan dipikul sebaiknya demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negeri... insya-Allah, bersama-sama kita Hebatkan Semula Negeri Sembilan,” katanya.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula menyifatkan kepercayaan rakyat sebagai tanggungjawab besar untuk meneruskan pembangunan negeri dan berharap kepimpinan baharu akan membolehkan Negeri Sembilan terus menikmati kestabilan, kemajuan serta kemakmuran yang saksama.

“Saya mendoakan semoga Allah sentiasa mengurniakan kekuatan, hikmah dan petunjuk kepada Yang Amat Berhormat dalam memimpin Negeri Sembilan, serta mempermudah segala urusan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri... insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Bagi Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, pelantikan Ismail adalah detik penting dalam usaha menerajui Negeri Sembilan ke fasa baharu.

“Selamat menjalankan amanah dan memimpin Negeri Sembilan. Semoga Allah sentiasa mempermudah setiap urusan, mengurniakan kekuatan dan kebijaksanaan dalam memikul tanggungjawab ini, serta menjadikan setiap khidmat yang dicurahkan sebagai amal kebajikan yang memberi manfaat kepada rakyat dan mendapat keberkatan-Nya,” katanya.

Terdahulu, Ismail, 67, mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti.

Beliau mula menceburi politik sebagai wakil rakyat apabila dipilih sebagai ADUN pada 1999 dan sejak itu, membina pengalaman hampir tiga dekad dalam politik Negeri Sembilan sebelum dilantik sebagai Exco pada 2004 serta terus menganggotai pentadbiran negeri selama tiga penggal berturut-turut hingga 2018.

 
Back
Top
Log in Register