combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,137
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,137
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Terbuka Taiwan 2026: Ahmad Zahid Ucap Tahniah Kepada Aaron-Tai, Pearly-Thinaah
kredit: FB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada beregu lelaki dan wanita negara Aaron Chia-Aaron Tai dan Pearly Tan-M Thinaah atas kejayaan muncul naib juara pada Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan 2026, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid berkata kedua-dua gandingan tersebut telah memberikan tentangan sengit, namun rezeki untuk meraih kejuaraan Super 300 masih belum menyebelahi Malaysia.
“Jangan mengalah! Pencapaian ini tetap menjadi petanda positif buat gandingan baharu negara Chia-Tai dan Pearly-Thinaah yang menemui semula rentak selepas kembali beraksi susulan tempoh rehat panjang akibat kecederaan belakang dialami Pearly.
“Teruskan melangkah dan bangkit lebih kuat!” katanya.
Gandingan pilihan kelima negara Aaron Chia-Aaron Tai tewas straight set 21-23, 19-21 kepada pasangan pilihan kelapan dari Indonesia Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin.
Sementara itu, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah, terpaksa akur apabila tumpas straight set 16-21, 18-21 kepada gandingan bukan pilihan dari Jepun Sumire Nakade-Miyu Takahashi.