BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TPM Ahmad Zahid Ucap Tahniah Buat Pearly-Thinaah Juarai Terbuka Artik 2025

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141
2341de8f53115d54fd9bdac9bff6772f68ebb7e463f84

kredit: FB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada beregu wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah atas kejayaan cemerlang menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Artik 2025 hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid berkata kemenangan itu adalah gelaran kedua diraih pasangan berkenaan dalam Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) musim ini.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah, atas kejayaan menjuarai Terbuka Artik 2025, sekali gus merangkul gelaran kedua Jelajah Dunia BWF musim ini.

“Kalian bukan sahaja kebanggaan negara, malah sumber inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia,” katanya hari ini.

Ahmad Zahid berkata kejayaan itu juga membuktikan semangat juang, disiplin tinggi dan keazaman tanpa mengenal erti putus asa mampu mengangkat nama Malaysia di pentas dunia.

“Ayuh kita terus berdiri teguh di belakang wira dan wirawati sukan tanah air, memberikan doa dan sokongan padu agar lebih banyak kejayaan dapat dilakar untuk Malaysia! Malaysia Juara, Malaysiaku Boleh!,” katanya.

Pearly-Thinaah dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan beregu Jepun Rin Iwanaga-Kei Nakanishi 21-7, 21-9 pada aksi final kejohanan itu.

 
Back
Top
Log in Register