BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TPM Ahmad Zahid Ucap Tahniah Pearly-Thinaah Rangkul Juara Masters Jepun 2025

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
22a83a71bd44cf43857aae218077cc0f6919c727ad4de

Kredit : Fb Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan tahniah kepada beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah atas kejayaan menjuarai Masters Jepun 2025 di Kumamoto, hari ini.

Beliau berkata kemenangan itu bukan sahaja menjadi sumber inspirasi kepada rakyat malah turut melakar sejarah buat badminton negara apabila pasangan berkenaan muncul sebagai beregu Malaysia pertama menjuarai kejohanan berprestij tersebut.

“Tahniah saya ucapkan kepada beregu wanita negara Pearly Tan–M Thinaah atas kejayaan menjuarai Kumamoto Masters di Jepun sebentar tadi. Cukup hebat!.

“Lebih membanggakan, kejayaan ini merupakan gelaran ketiga Jelajah Dunia BWF buat Pearly dan Thinaah sekali gus membuktikan bahawa pemain Malaysia mampu berdiri megah di pentas dunia. Seluruh rakyat Malaysia bangga dan akan terus berdiri di belakang kalian,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Pearly-Thinaah muncul juara selepas menewaskan pasangan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi 22-20,21-19 pada aksi final kejohanan itu.

 
Back
Top
Log in Register