BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada 17 Pelajar Malaysia Rangkul 22 Pingat Di KEO 2026

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada 17 Pelajar Malaysia Rangkul 22 Pingat Di KEO 2026​

a3b45587fc2febb1d3f376d3149caad46a4b545f8fe4f

Kredit: Pertubuhan Saintis Muda Malaysia (MYSO)

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada 17 pelajar Malaysia yang mengharumkan nama negara, apabila merangkul sembilan anugerah keseluruhan dan membawa pulang 22 pingat dalam pertandingan Koala Excellence Olympiad (KEO) 2026 Peringkat Antarabangsa di Macau, yang berakhir semalam.

“Tahniah anak-anak Malaysia yang catat keputusan cemerlang di bumi Macau. Tingkatkan usaha, moga catat lebih banyak kejayaan pada masa hadapan, insya-Allah,” kata beliau menerusi catatan di platform X hari ini.

Terdahulu, Penyelaras Pertubuhan Saintis Muda Malaysia (MYSO), yang juga ketua kontinjen Malaysia ke Macau Aidah Misran berkata secara keseluruhan, kontinjen Malaysia membawa pulang lima pingat emas, enam perak dan 11 gangsa.

Pertandingan anjuran KEO dan Miss Man International Group serta diselaraskan di Malaysia oleh MYSO,  menghimpunkan pelajar dari pelbagai negara dalam Olympiad Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Seni.

KEO ialah platform pertandingan antarabangsa yang dibangunkan pakar pendidikan Australia merangkumi empat disiplin, iaitu bahasa Inggeris yang menguji bacaan, ejaan dan penulisan peserta, matematik (penaakulan logik), sains (pemerhatian, reka bentuk eksperimen dan tafsiran data) serta seni (karya seni dan pernyataan artis).

 
Back
Top
Log in Register