BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Tunggu Laporan Lengkap Siasatan FELDA Sebelum Buat Pengumuman Rasmi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Anwar Tunggu Laporan Lengkap Siasatan FELDA Sebelum Buat Pengumuman Rasmi​

ab411198453df43c0a8ccbe5ae4ebe3a6a87e821c027b


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menunggu laporan lengkap Pasukan Petugas Khas yang menyiasat isu pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sebelum membuat sebarang pengumuman rasmi.

Beliau berkata pasukan petugas khas itu telah memulakan tugas dan dapatan siasatan dijangka dibentangkan dalam masa terdekat.

“Pasukan petugas khas itu telah bermula dan saya tunggu lengkap siasatan, baru kita umumkan dalam masa singkat.

“(Aspeknya merangkumi) semua perkara tentang pengurusan, membaiki pengurusan … tentunya mengenal pasti permasalahan lepas, tetapi yang pentingnya ialah pengurusan kini dan langkah-langkah ke depan,” kata beliau.

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sesi Ramah Mesra Bersama Pengurusan Tertinggi dan Pengurus FELDA di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengerusi FELDA Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir dan Pengarah Besar Datuk Dr Suzana Idayu Wati Osman.

Sebelum ini, media memaklumkan bahawa laporan Pasukan Petugas Khas berkaitan FELDA dijangka siap dalam tempoh beberapa bulan lagi sebelum didedahkan kepada umum.

Anwar berkata beliau akan mengeluarkan laporan berkenaan kepada umum sebaik sahaja disiapkan dan meminta orang ramai membacanya seperti laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH).

 
Back
Top
Log in Register