BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FELDA Sedia Kerjasama Penuh Dalam Siasatan SPRM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

FELDA Sedia Kerjasama Penuh Dalam Siasatan SPRM​

d9c537f9e7cda8e27872624f5fe33f5e63f8d9363766f


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung siasatan terhadap agensi itu dan anak syarikat Kumpulan FELDA.

FELDA dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pihaknya menghormati sepenuhnya proses siasatan yang sedang dijalankan, bagi memastikan ia dilaksanakan secara telus, adil dan menyeluruh.

“FELDA tidak berkompromi terhadap sebarang kegiatan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa serta pelanggaran undang-undang yang boleh menjejaskan kepentingan peneroka dan institusi,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, FELDA turut menyeru semua pihak untuk menghormati proses siasatan tersebut.

Media hari ini melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata SPRM membuka enam kertas siasatan baharu berhubung dakwaan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah membabitkan FELDA serta anak syarikatnya, FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

Abd Halim berkata siasatan itu susulan maklumat yang diterima pada 24 Ogos, berkaitan pelaksanaan projek dan pelaburan oleh pengurusan FELDA serta FIC antara 2010 dan 2020.

 
Back
Top
Log in Register