BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPN Selangor Beri Kerjasama Penuh Siasatan Kes Kematian Guru

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,486
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,486
Reaction score
1,681
Points
201
414820-414820.jpg

14284385495602437-414821.jpg

14284385495602437-414822.jpg


KENYATAAN MEDIA

KETUA POLIS DAERAH HULU SELANGOR

INSIDEN GANTUNG DIRI (1) GURU (P) INDIA

PADA 31.07.2026 JAM LEBIH KURANG 0715 HRS, PIHAK POLIS TELAH TERIMA PANGGILAN KELEMASAN NG 999 DARIPADA (1) (P) MELAYU MEMAKLUMKAN (1) (P) INDIA YANG BEKERJA SEBAGAI GURU DARI SEKOLAH DI DAERAH HULU SELANGOR TELAH MENGGANTUNG DIRI DAN MANGSA TELAH DIBAWA KE HOSPITAL KUALA KUBU BHARU UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN NAMUN MANGSA TELAH DISAHKAN MENINGGAL DUNIA SEMASA DI UNIT KECEMASAN,

JAM LEBIH KURANG 0820 HRS PIHAK POLIS TELAH MENGHALA KE TEMPAT KEJADIAN DAN HASIL SIASATAN AWAL DI TEMPAT KEJADIAN DAPATI MANGSA TELAH MENGGANTUNG DIRI DENGAN MENGGUNAKAN TALI DI BILIK GURU TINGKAT SATU SEKOLAH TERSEBUT.

PADA 31.07.2026 JAM 1730 HRS BEDAH SIASAT TELAH DIJALANKAN DI JABATAN FORENSIK HOSPITAL SUNGAI BULOH DAN HASIL KEPUTUSAN BEDAH SIASAT MENDAPATI SEBAB KEMATIAN ADALAH 'HANGING'.

AYSI

ORANG RAMAI YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT, BOLEH TERUS MENGHUBUNGI MANA-MANA BALAI POLIS BERHAMPIRAN ATAU IBU PEJABAT POLIS DAERAH HULU SELANGOR DI TALIAN 03-60641222 ATAU PEGAWAI PENYIASAT SARJAN MEJAR HALIM KHAN BIN HAZAM KHAN, KETUA POLIS BALAI KERLING DI TALIAN 03-60481222,

(SUPT MANIMARAN A/L MUNIANDI) KETUA POLIS DAERAH HULU SELANGOR
 

JPN Selangor Beri Kerjasama Penuh Siasatan Kes Kematian Guru​

e5facd6a2204dd04fae876625d2408a65eafe1098208a


Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor akan memberikan kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan kematian seorang guru wanita di sebuah sekolah di Hulu Selangor, semalam.

JPN Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan tumpuan kini ialah untuk memastikan bantuan terbaik bagi keluarga guru itu dengan khidmat sokongan psikososial turut dilaksanakan khusus untuk membantu warga sekolah yang terjejas dengan kejadian tersebut.

“Masyarakat diseru untuk menghormati privasi keluarga dengan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan yang sedang berjalan,” menurut kenyataan itu.

JPN Selangor turut mengucapkan takziah dan berdukacita dengan kejadian itu.

Sebelum ini, media melaporkan polis menerima panggilan kecemasan kejadian guru tidak sedarkan diri di sekolah itu pada 7.15 pagi sebelum wanita itu disahkan telah meninggal dunia.

 
414961-414961.jpg


Guru wanita ditemui meninggal dunia di bilik guru


KUALA LUMPUR — Seorang guru wanita ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai bertindak mencederakan dirinya di bilik guru sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor semalam.

Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah akibat gantung manakala polis kini meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan M. Manimaran berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian 999 pukul 7.15 pagi daripada seorang wanita yang memaklumkan seorang guru dipercayai telah bertindak mendatangkan mudarat ke atas dirinya.

Menurut beliau, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan.

“Pada kira-kira pukul 8.20 pagi, sepasukan polis hadir ke lokasi kejadian dan hasil siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai bertindak mendatangkan mudarat terhadap dirinya menggunakan tali di bilik guru yang terletak di tingkat satu sekolah berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bedah siasat dijalankan pada pukul 5.30 petang di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh dan keputusan mengesahkan punca kematian adalah akibat gantung.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-6064 1222, atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Halim Khan Hazam Khan di talian 03-6048 1222 bagi membantu siasatan.

Artikel MalaysiaGazette
 
Back
Top
Log in Register