BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PGA Briged Utara Beri Kerjasama Penuh Siasatan 10 Anggota Ditahan Kes Pemerasan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

PGA Briged Utara Beri Kerjasama Penuh Siasatan 10 Anggota Ditahan Kes Pemerasan​

d25c1e6279f46d3c8bb3990702941ecc60ea9d408846d


Pasukan Gerakan Am (PGA) memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan kes pemerasan membabitkan sebuah kilang e-sisa di Tasek Gelugor, Pulau Pinang yang membawa kepada penahanan 10 anggotanya.

Pemangku Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta ACP Jafri Muhamad berkata kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan tertinggi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman.

“Bagaimanapun, perkara ini masih dalam peringkat siasatan oleh pihak polis Pulau Pinang yang menyiasat kes ini.

“Kami memberikan kerjasama sepenuhnya dari segi siasatan jenayah dan siasatan dalaman juga telah dimulakan sebagaimana dikehendaki pucuk pimpinan Briged Utara,” katanya pada sidang media sempena kejayaan tangkapan dan rampasan berkaitan Ops Gali Mega di Ibu Pejabat Briged Utara di sini hari ini.

Jafri berkata pihaknya tidak akan sesekali berkompromi terhadap sebarang salah laku membabitkan pegawai dan anggota di bawah pasukan itu.

Terdahulu, sebanyak 10 anggota PGA Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditahan bagi membantu siasatan kes pemerasan di sebuah kilang memproses sisa elektronik di Tasek Gelugor pada Rabu lepas.

Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan/Operasi) Bukit Aman Datuk Muhammad Abdul Halim berkata kesemua anggota terbabit bertugas di Batalion 2 PGA, Kulim, Kedah. Mereka yang ditahan berumur 30-an hingga 40-an terdiri daripada pelbagai pangkat dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

 
Back
Top
Log in Register