BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

15 Pegawai, Anggota Polis Ditahan Terlibat Kes Pemerasan Terhadap "Scammer"

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

15 Pegawai, Anggota Polis Ditahan Terlibat Kes Pemerasan Terhadap "Scammer"​

a0ab21671d49625ee655f6b1a315b0bd6a6773b99e452

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus

Sebanyak 15 pegawai dan anggota polis ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes pemerasan membabitkan pemindahan sejumlah wang terhadap sekumpulan individu warga asing, yang disyaki menjalankan aktiviti penipuan dalam talian.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata tangkapan menerusi operasi bersama-sama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi itu, dibuat susulan laporan polis yang diterima daripada seorang lelaki warga asing.

Beliau berkata dalam kejadian di sebuah kondominium di Jalan Ampang di sini, mangsa yang juga pengadu berumur 30 tahun bersama dengan dua rakan wanitanya, mendakwa diserbu sekumpulan 12 hingga 15 individu yang memperkenalkan diri sebagai polis pada 24 Julai.

“Pengadu dan dua rakan wanitanya kemudian dibawa ke IPK Kuala Lumpur atas tuduhan menjalankan aktiviti penipuan dalam talian bagi pasaran tempatan dan China.

“Semasa berada di IPK Kuala Lumpur, dua pegawai polis didakwa meminta pengadu memindahkan sejumlah wang ke dalam satu akaun yang diberikan untuk mengelakkan daripada ditahan. Pengadu yang ketakutan telah menuruti arahan tersebut sebelum kesemua mereka dibebaskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata kesemua 15 pegawai dan anggota polis berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas prosedur siasatan awal selesai.

Susulan siasatan lanjut berhubung aktiviti penipuan dalam talian berkenaan, Fadil berkata sepasukan polis daripada IPD Dang Wangi telah bertindak menahan pengadu lelaki warga Vanuatu bersama dengan dua wanita masing-masing warganegara China dan Thailand, semalam.

Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati pengadu sebenarnya merupakan warganegara China yang dikehendaki oleh pihak Interpol atas kesalahan penipuan dalam talian, selain memiliki pasport diragui yang mencatatkan tempat lahir di Pontianak, Indonesia, manakala rekod Interpol mengesahkan beliau lahir di China.

“Pemeriksaan terhadap wanita warga Thailand mendapati dokumen perjalanannya sah dan telah dibebaskan, manakala pengadu dan seorang lagi wanita warga China yang merupakan teman wanita pengadu itu, kini direman selama 14 hari sehingga 9 Ogos bagi siasatan lanjut,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register