BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Anggota Polis Antara Enam Ditahan Terlibat Kes Samun Warga Asing

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Tiga Anggota Polis Antara Enam Ditahan Terlibat Kes Samun Warga Asing​

e18f465c7000b03e2b03a8be0e10611c68b7e756cac34


Tiga anggota polis antara enam individu ditahan disyaki terlibat kes samun warga asing dalam dua kejadian di Kodiang serta Alor Setar pada 27 Jun dan 1 Julai lepas.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata dalam kejadian pertama pada 27 Jun, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian samun berkumpulan di sebuah rumah dekat kawasan Padang Sera, Kodiang.

“Mangsa bersama lima rakan serumah yang juga warganegara asing didatangi lima suspek yang memakai vest polis dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis kira-kira 12.20 tengah malam.

“Kesemua suspek masuk ke dalam rumah dan mengarahkan mangsa menyerahkan telefon bimbit. Mereka juga mengambil wang tunai berjumlah RM1,750 sebelum beredar dari rumah berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah hari ini.

Beliau berkata sekumpulan anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) kawasan berkenaan menahan kesemua suspek yang dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum menghubungi pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

“Siasatan kami mendapati dua daripada suspek adalah anggota polis yang masih bertugas di balai polis Perlis manakala tiga lagi suspek adalah orang awam. Seorang daripada suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

“Hasil siasatan lanjut juga mendapati kesemua suspek turut terlibat dalam dua lagi kejadian samun berasingan yang dilaporkan di kawasan Kodiang. Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Adzli berkata dalam kejadian kedua pada 1 Julai, seorang anggota polis berusia 26 tahun yang masih bertugas di IPK Kedah telah mengambil sepasang subang emas di sebuah rumah di Jalan Langgar.

“Suspek telah ke rumah satu keluarga etnik Rohingya kira-kira 1.40 petang dan memperkenalkan diri sebagai polis. Suspek kemudiannya meminta mangsa menyerahkan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) milik mangsa, isteri dan tiga anaknya.

 
Back
Top
Log in Register