BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Ditahan Disyaki Samun, Pukul Warga Asing

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146

Lelaki Ditahan Disyaki Samun, Pukul Warga Asing​

ec060bc61d71383b235955adbfe3ad506a7ad1c1c5750

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad

Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes samun, mendatangkan kecederaan serta ugutan jenayah terhadap dua lelaki warga asing di sekitar Taman Perling, di sini.

Ketua Polis Johor CP Datuk Ab Rahaman Arsad berkata pihaknya telah menerima dua laporan polis berhubung kejadian itu pada 9 dan 10 Sept lepas daripada mangsa yang berusia 25 dan 35 tahun.

Beliau berkata suspek ditahan di kawasan Taman Perling pada 11 Sept, kira-kira 5.40 petang.

“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan awal air kencing adalah negatif. Suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 18 Sept bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392, Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian hotline Polis Johor 019-279 2095 atau Bilik Gerakan IPK Johor 07-221 2999.

 
Back
Top
Log in Register