combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,137
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,137
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Tekanan Antara Aspek Siasatan Kes Kematian Guru Sekolah Di Hulu Selangor
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar (tengah) ketika sidang media berhubung kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.
Polis masih menyiasat kes kematian seorang guru wanita yang ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah di Hulu Selangor hujung bulan lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata siasatan antara lain melihat kepada pelbagai aspek termasuk tekanan dalam kes itu yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
“Rakaman percakapan telah diambil melibatkan pelbagai individu, termasuk rakan sekerja si mati sebab kita nak tahu apa punca. Sebagaimana yang saya katakan kes belum selesai, dan masih ramai yang perlu dipanggil untuk kita dapatkan pengesahan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan seorang guru wanita ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah sekolah di Hulu Selangor 31 Julai lepas sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden M. Manimaran dilaporkan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu melalui talian MERS 999 kira-kira 7.15 pagi.
Dalam pada itu, Shazeli berkata pihaknya juga sedang menyiasat dakwaan sebuah bengkel melerai dan menjual komponen kenderaan, yang sebelum ini dikaitkan dengan sindiket didalangi warga asing di Kampung Bukit Kapar, Klang yang terbakar bagi menutup bukti.
“Buat masa ini untuk kata sindiket saya tidak berapa yakin sebab hanya dua orang sahaja warga asing yang ditahan, iaitu pemilik dan pekerja.
“Namun, kita juga tidak boleh menafikan kemungkinan wujud sindiket. Premis itu mungkin hanya dijadikan tempat untuk meleraikan kenderaan terbabit. Kita juga sedang siasat pemilik tanah, kenapa boleh sewakan kepada warga asing,” katanya.