BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPNP Jalankan Siasatan, Tindakan Susulan Kes Murid Didakwa Dikasari Guru

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

JPNP Jalankan Siasatan, Tindakan Susulan Kes Murid Didakwa Dikasari Guru​

24a66c2f71c0c48b1a1cd0e0ae47af856a8aa7bf56f51

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP), Mohamad Dziauddin Mat Saad

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) telah menjalankan siasatan berhubung aduan seorang murid lelaki Tahun Enam menjadi mangsa penghinaan, keganasan fizikal dan ugutan oleh seorang guru di sebuah sekolah di daerah Timur Laut, di sini baru-baru ini.

Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata tindakan susulan juga telah diambil, berdasarkan hasil siasatan tersebut oleh Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut (PPDTL).

“Sesi konsultasi melibatkan waris, PPDTL, pentadbir sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut diadakan, bagi membincangkan tindakan susulan serta kebajikan pihak yang terlibat.

“Sebagai langkah perlindungan dan pencegahan, guru tersebut juga tidak lagi mempunyai interaksi secara langsung dengan murid yang terlibat dan dirujuk kepada Kaunselor Organisasi PPDTL bagi mendapatkan khidmat bimbingan dan sokongan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata murid itu pula telah dirujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling, bagi mendapatkan sokongan serta intervensi yang bersesuaian

Semalam MCA Pulau Pinang dilaporkan mendakwa seorang ibu kepada murid lelaki Tahun 6 kecewa, apabila tiada tindakan sewajarnya diambil terhadap anaknya yang menjadi mangsa penghinaan, keganasan fizikal dan ugutan daripada seorang guru.

Kenyataan daripada peguam ibu bapa mangsa memaklumkan kejadian didakwa berlaku 19 Jun lepas, selepas murid berkenaan membuat persembahan bacaan Yasin dalam perhimpunan sekolah, sebelum guru berkenaan didakwa mengkritik persembahan selain didakwa melakukan kekasaran termasuk memukul muka dan tangan murid menggunakan kasut, sehingga menyebabkan kemerahan pada muka murid selepas kejadian.

Mohamad Dziauddin berkata JPNPP mengambil maklum bahawa waris masih mempunyai beberapa perkara yang dibangkitkan berhubung pengendalian kes itu dan pihaknya masih membuka ruang perbincangan dengan waris.

Beliau berkata JPNPP juga akan terus memastikan aspek keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid diberikan keutamaan, selain memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif sentiasa dipelihara selaras dengan ketetapan yang berkuat kuasa.

 
Back
Top
Log in Register