BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Guru Disyaki Pukul Murid, Ibu Di Pasir Mas Dalam Tindakan JPN, PPD

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Kes Guru Disyaki Pukul Murid, Ibu Di Pasir Mas Dalam Tindakan JPN, PPD​

5ce0ee44b16ccb0dfd7ae21f8e5e9e1a6a83cb7bd22a3


Kementerian Pendidikan (KPM) menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk mengambil tindakan berhubung kes seorang guru ditahan kerana dipercayai memukul seorang murid dan ibunya di sebuah sekolah rendah di Pasir Mas, Rabu lepas.

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai kes itu kerana baru menerima maklumat berhubung perkara berkenaan.

“Saya pasti JPN, PPD serta pihak sekolah akan mengambil tindakan mengikut peraturan yang ada,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan bas sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat, di sini hari ini.

Rabu lepas, polis menahan seorang guru lelaki kerana disyaki memukul seorang murid serta menampar ibu murid berkenaan dalam dua kejadian berasingan di Pasir Mas.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau cara berbahaya.

 
Back
Top
Log in Register