BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Alam Flora Jamin Kerjasama Penuh Siasatan Insiden Lori Rempuh Tembok

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Alam Flora Jamin Kerjasama Penuh Siasatan Insiden Lori Rempuh Tembok​

cced22f854bbe62b0bd83afff7de5fc167e11f7617416


Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam membantu siasatan berkaitan insiden melibatkan sebuah lori pemadat miliknya di Jalan Pantai Murni 1, Pantai Hillpark di sini, semalam.

Alam Flora memaklumkan kenderaan itu akan dihantar untuk pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian, selaras dengan arahan pegawai penyiasat.

Syarikat itu menegaskan keselamatan serta kesejahteraan warga kerja, kontraktor dan orang awam sentiasa menjadi keutamaan tertinggi dalam setiap fasa operasinya.

"Perkara ini dipandang serius dan sebarang tindakan susulan yang diperlukan akan dilaksanakan berdasarkan hasil siasatan.

"Kami amat kesal atas kesan yang timbul daripada insiden ini terhadap komuniti yang terjejas dan kekal komited untuk memastikan tahap keselamatan yang tinggi dalam semua aktiviti operasi," menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian awal pagi semalam, sebuah lori sampah dipercayai mengalami kegagalan sistem brek sebelum hilang kawalan dan merempuh tembok pagar sebuah kondominium di lokasi itu.

Pemandu lori terbabit telah hadir ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk membuat laporan, manakala ujian hembusan nafas yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan lelaki itu bebas daripada pengaruh alkohol.

Lori pemadat terbabit akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 
Back
Top
Log in Register