BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jabatan Penjara Beri Kerjasama Penuh Siasatan Banduan Mati Dipukul Di Penjara Marang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Jabatan Penjara Beri Kerjasama Penuh Siasatan Banduan Mati Dipukul Di Penjara Marang​

ce71cd305ab1b6c632fceb056b9593446512c707de37f


Jabatan Penjara akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan siasatan kes kematian seorang banduan di Penjara Marang, Selasa lepas, dijalankan secara menyeluruh dan telus.

Dalam kenyataan hari ini, Jabatan Penjara memaklumkan kejadian itu melibatkan seorang banduan lelaki berusia 38 tahun yang dilaporkan tidak sedarkan diri selepas dipercayai dipukul oleh beberapa banduan lain.

Menurut kenyataan itu, pihak Penjara Marang bertindak segera membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Merchang untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi tujuan bedah siasat," menurut kenyataan itu.

Jabatan Penjara berkata pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan, termasuk mengenal pasti punca kejadian serta penglibatan mana-mana individu yang berkaitan.

“Jabatan Penjara memandang serius kejadian itu dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berhubung kejadian ini, khususnya ketika siasatan masih berjalan,” menurut kenyataan itu.

Semalam, media melaporkan seorang banduan lelaki maut dipercayai dipukul tiga banduan lain.

Ketua Polis Daerah Marang Supt Sofian Redzuan berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada 12.31 tengah hari Selasa daripada seorang warden penjara berkenaan.

Mangsa yang berusia 38 tahun dan berasal dari Terengganu dipercayai dipukul di sebuah bilik oleh tiga suspek berusia antara 21 hingga 35 tahun.

 
Back
Top
Log in Register