BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Murid Cedera: Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Beri Kerjasama Penuh Terhadap Siasatan Polis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Murid Cedera: Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Beri Kerjasama Penuh Terhadap Siasatan Polis​

d1b9e47b90d683c7d2eb76d437c7982d6a2bde194bd41

1331f2f8cb4d1d45da1af78631dd8d376a2bde376d3b0

88e4f9e30e1e96b570c5bc67c84ad3c16a2bde5069ddd

eba4d3567a9421400cf10b767bee6da16a2bde6f79cd5

Norasikin Hasin, 32, menguruskan anak perempuannya berusia 12 tahun kini mengalami keterbatasan pergerakan sehingga tidak dapat bersekolah hampir empat bulan selepas dipercayai terjatuh akibat kerusi yang ingin didudukinya ditarik oleh rakan sekelas dalam kejadian pada 11 Feb lepas di sebuah sekolah dekat Chuping. Anak sulung daripada dua beradik itu mengalami kecederaan tisu lembut pada bahagian bawah belakang sebelum disahkan mengalami gangguan fungsi serta gangguan tekanan pascatrauma (PTSD) susulan insiden berkenaan ketika ditemui di kediamannya di Chuping hari ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Jabatan Pendidikan Negeri Perlis memberikan kerjasama penuh terhadap proses siasatan polis terhadap kes murid tahun enam yang mengalami kecederaan sehingga membataskan pergerakannya selepas dipercayai terjatuh akibat kerusi yang ingin didudukinya disyaki ditarik oleh rakan sekelasnya.

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya tidak sesekali berkompromi dengan salah laku buli dan sesiapa sahaja yang bersalah perlu dikenakan tindakan.

"Jabatan Pendidikan Negeri Perlis mengambil perhatian insiden di sekolah yang mengakibatkan kecederaan seorang murid ini," menurut kenyataan itu.

Pihak sekolah terbabit telah diminta untuk memastikan bantuan terbaik diberikan kepada murid berkenaan yang kebajikan serta kesejahteraan murid terlibat perlu diberikan keutamaan.

Hari ini, Bernama melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun didakwa mengalami kecederaan sehingga membataskan pergerakannya menyebabkan dia tidak dapat hadir ke sekolah hampir empat bulan selepas dipercayai terjatuh akibat kerusi yang ingin didudukinya disyaki ditarik oleh rakan sekelasnya pada Februari lepas.

Ibu kepada kanak-kanak itu, Norasikin Hasin, 32, mendakwa anak sulung daripada dua beradik itu mengalami kecederaan tisu lembut pada bahagian belakang pinggang sebelum didiagnosis mengalami gangguan fungsi serta gangguan tekanan pascatrauma (PTSD) susulan kejadian pada 11 Feb itu.

Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

 
Back
Top
Log in Register