combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,142
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,142
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Siasatan FELDA: SPRM Sambung Reman Bekas CEO
Tempoh reman seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) anak syarikat badan berkanun Persekutuan disambung empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah dalam pelantikan syarikat pemaju bagi sebuah projek di Kuala Lumpur.
Menurut sumber, perintah reman bermula esok hingga 13 Sept terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Ezrene Zakaria selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini pagi tadi.
"Permohonan reman dibuat sebaik tempoh reman asal terhadap suspek tamat hari ini. Sebelum ini, suspek telah ditahan reman selama tiga hari sejak Isnin lepas," menurut sumber.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Isnin lepas, SPRM menahan reman dua individu termasuk seorang bergelar Datuk yang juga merupakan bekas pengarah besar badan berkanun selama lima hari hingga 11 Sept, manakala bekas CEO yang sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya direman selama tiga hari hingga hari ini.
Kedua-dua individu berumur lingkungan 50-an dan 60-an itu ditahan pada Ahad lepas ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM.
SPRM telah membuka tujuh kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah membabitkan Felda serta anak syarikatnya, Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. (FIC).