BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Tidak Dapat Hadir Sidang Khas RCI TH, Ikuti Perbahasan Secara Dekat - Setiausaha Akhbar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Anwar Tidak Dapat Hadir Sidang Khas RCI TH, Ikuti Perbahasan Secara Dekat - Setiausaha Akhbar​

8db345af4c755d6a5e147f359a968bf669f9b8afcbd8d

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana tidak dapat bersama dalam Sidang Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji hari ini.

Setiausaha Akhbar Kanan beliau Tunku Nashrul Abaidah dalam kenyataan memaklumkan Perdana Menteri yang sedang menjalani rawatan mendoakan persidangan berjalan lancar.

“Beliau akan mengikuti perbahasan secara dekat demi memastikan amanah institusi umat Islam ini terus dipelihara,” katanya.

Beliau berkata keadaan kesihatan Perdana Menteri semakin baik dan akan terus menjalani rawatan fisioterapi di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan.

Tunku Nashrul berkata Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan keafiatan beliau serta atas ingatan dan ucapan sempena ulang tahun kelahiran ke-79 semalam.

Ketua Pasukan Perubatan kepada Perdana Menteri Datuk Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook semalam memaklumkan Anwar selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia).

 

run non run
 

Tindakan Pembangkang Keluar Dewan Tak Bahas RCI TH adalah BETUL — Ini Sebabnya​

mula² saya tak setuju juga, tapi akhirnya....
jeng jeng jenggggggggggggggggg

 


saiko le die ni
 
Back
Top
Log in Register