BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RCI TH: Ketiadaan PM Bukan Alasan Tidak Ikuti Penerangan, Bahas - Tengku Zafrul

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

RCI TH: Ketiadaan PM Bukan Alasan Tidak Ikuti Penerangan, Bahas - Tengku Zafrul​

093f8ee990757971bb3c4606b19037356a7a99d35f6ed


Ketiadaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini tidak seharusnya menjadi alasan untuk tidak mengikuti penerangan dan membahaskan isu yang melibatkan kepentingan serta simpanan umat Islam.

Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi hantaran di media sosial mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen yang keluar ketika isu berkaitan TH diberi penerangan di Dewan Rakyat.

“Ini bukan perbahasan tentang Perdana Menteri, ini tentang simpanan umat Islam dalam Tabung Haji. Perdana Menteri tak ada, takkan Ahli Parlimen pun tak boleh dengar dan bahas?” katanya.

Beliau berkata Ahli Parlimen sepatutnya menggunakan ruang yang ada untuk mempersoal, membahas atau mengkritik kerajaan berasaskan fakta sekiranya terdapat perkara yang tidak dipersetujui.

“Kalau ada yang tak kena, bangun dan soal... kalau tak setuju, bahas... kalau kerajaan salah, hentam dengan fakta... tak apa kalau tak setuju tapi jangan sampai nampak macam tak peduli,” katanya.

Tengku Zafrul juga menyifatkan TH sebagai antara isu terbesar membabitkan ekonomi umat Islam dan Melayu dalam sejarah negara, selain melibatkan simpanan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Terdahulu, Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin bertindak keluar Dewan Rakyat dan tidak mengambil bahagian dalam perbahasan laporan RCI TH yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifi Hasan.

Yang turut meninggalkan Dewan ialah Ketua Whip PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Pengerusi PN Datuk Seri Dr Samsuri Mokhtar.

Sidang Dewan Rakyat hari ini membahaskan Laporan RCI berhubung pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020.

 
Back
Top
Log in Register