BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Terima Sambutan Rasmi Di Istana Presiden Turkmenistan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Anwar Terima Sambutan Rasmi Di Istana Presiden Turkmenistan​

4ef72939011475c622913e4bdaa827bd6a35422c6eca5

Kredit PMO

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima sambutan rasmi di Istana Presiden Turkmenistan di sini, sempena lawatan sulung beliau ke negara Asia Tengah itu sejak memegang jawatan Perdana Menteri.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedov sebelum beliau memeriksa kawalan kehormatan, diiringi lagu kebangsaan Malaysia dan Turkmenistan yang dimainkan sebagai tanda penghormatan.

Anwar kemudian diperkenalkan kepada anggota Kabinet dan pegawai kanan kerajaan Turkmenistan sebelum memperkenalkan delegasi Malaysia kepada Berdimuhamedov.

Kedua-dua pemimpin seterusnya mengadakan pertemuan empat mata sebelum meneruskan mesyuarat dua hala bagi membincangkan pelbagai perkara berkepentingan bersama serta memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara.

Lawatan rasmi selama dua hari bermula 18 Jun itu merupakan kunjungan pertama Anwar ke Turkmenistan sejak dilantik Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada November 2022, atas jemputan Berdimuhamedov.

 
Back
Top
Log in Register