BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Presiden Singapura Diberikan Istiadat Sambutan Negara Di Istana Negara

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,703
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,703
Reaction score
97
Points
80

Presiden Singapura Diberikan Istiadat Sambutan Negara Di Istana Negara​

e16ad04db38a9ffaa77a9b6451f2842b6a546f566b90d

c082908d424bbe7e01874ecfa5b459cc6a546f2356673

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berjabat tangan dengan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam pada Istiadat Sambutan Negara di Istana Negara hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Istiadat Sambutan Negara kepada Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam di Istana Negara, bersempena dengan Lawatan Negara pertama beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan pada September 2023.

Ketibaan Tharman dan isteri Jane Ittogi Shanmugaratnam pada 10 pagi disambut Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Fadillah Yusof dan barisan menteri kabinet.

Istiadat sambutan di padang kawad itu dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Singapura dan Malaysia oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja, disusuli tembakan meriam 21 das.

Presiden Singapura itu kemudian memeriksa kawalan kehormat membabitkan empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai Mej Mohd Masrur Hidayat Masri, sebelum sesi sembah kenal anggota delegasi rasmi kedua-dua negara serta sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Presiden Singapura kesembilan itu juga diraikan dan diberi penghormatan pada Majlis Jamuan Negara yang turut menyaksikan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke majlis itu.

Tharman sedang mengadakan Lawatan Negara selama tiga hari ke Malaysia bermula 13 hingga 15 Julai atas jemputan Yang di-Pertuan Agong.

Kementerian Luar memaklumkan lawatan itu sebagai membalas Lawatan Negara Sultan Ibrahim ke Singapura pada 6 dan 7 Mei 2024.

Menurut kementerian itu, Singapura kekal sebagai rakan dagang kedua terbesar Malaysia di dunia dan rakan dagang terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota ASEAN.

 
Back
Top
Log in Register