BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Selangor Terima Menghadap Presiden Singapura Di Istana Alam Shah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Sultan Selangor Terima Menghadap Presiden Singapura Di Istana Alam Shah​

d82ced22066a36409c727d76a10fb9366a55d3263357c

7c5ce5aa6ca441ea7fc2621d81d1d8936a55d313eb630

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) berkenan menerima menghadap Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam di Istana Alam Shah hari ini.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam di Istana Alam Shah bersempena dengan Lawatan Negara beliau ke Malaysia.

Ketibaan Tharman pada 11 pagi di sini, disambut Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Hadir sama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim selaku Menteri Pengiring.

Sesi menghadap yang berlangsung kira-kira satu jam setengah itu berakhir pada 12.40 tengah hari sebelum Tharman meninggalkan Istana Alam Shah.

Presiden Singapura itu berada di Malaysia untuk Lawatan Negara selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Julai, atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Kementerian Luar memaklumkan lawatan itu sebagai membalas Lawatan Negara Sultan Ibrahim ke Singapura pada 6 dan 7 Mei 2024.

Singapura kekal sebagai rakan dagang kedua terbesar Malaysia di peringkat global. Di peringkat serantau pula, republik itu merupakan rakan dagang terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota ASEAN.

 
Back
Top
Log in Register