BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Pahang Berkenan Terima Menghadap Menteri Kanan, Delegasi Singapura

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,151
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,151
Reaction score
346
Points
141
614ec9e264b34a9fd6beb545ad35be7469f9c9d6bc770

Kredit: FB Kesultanan Pahang

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong bersama-sama isteri, Ho Ching di Istana Abdulaziz hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah  dan paduka anakanda Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Kesultanan Pahang menerusi hantaran di Facebook memaklumkan baginda berkenan meluangkan masa kira-kira sejam membincangkan pelbagai perkara termasuk usaha sama serta kerjasama yang boleh dicapai antara Pahang dan Singapura.

"Baginda kemudiannya berkenan membawa jemputan melihat persekitaran istana dan kemudiannya berangkat ke majlis santapan," menurut hantaran itu.

Sesi menghadap turut disertai delegasi Singapura yang hadir bersama iaitu Menteri di Kementerian Hal Ehwal Luar serta Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Zhulkarnain Abdul Rahim.

Turut serta dalam rombongan delegasi ialah Ahli Parlimen Singapura Joan Pereira, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon dan barisan pegawai Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura.

Lee sebelum ini mengadakan lawatan lima hari ke Pahang dan Terengganu bermula semalam sehingga 8 Mei.

 
Back
Top
Log in Register