BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agong Terima Menghadap Menteri Komunikasi Di Istana Negara

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Agong Terima Menghadap Menteri Komunikasi Di Istana Negara​

c202abebe1b0d142bcbc2f4ffd202e5f6a5659bd19577

5ef39863afde2b3ef6f02ae5d42bf4a86a5659ab9b798

Kredit: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil di Istana Negara.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dalam pertemuan itu, Seri Paduka Baginda dipersembah maklum tentang persediaan sambutan Hari Kebangsaan yang bakal berlangsung pada 31 Ogos di Dataran Putrajaya.

Tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” dipilih bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 (HKHM2026) tahun ini manakala logo Malaysia MADANI dikekalkan sebagai logo rasmi sambutan hingga tahun hadapan.

Sebelum ini, Fahmi memaklumkan majlis peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 akan diadakan di Ipoh, Perak pada 19 Julai ini, manakala Sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept di Sarawak.

 
Back
Top
Log in Register