Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Agong Terima Menghadap Menteri Pendidikan Tinggi, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Kredit: Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Istana Negara.
Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pada sesi menghadap itu, Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan mengenai perkembangan semasa Kursi Pengajian Melayu Sultan Ibrahim di Beijing Foreign Studies University (BFSU).
Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima mengadap Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus di Istana Negara.