BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Raja Perlis Terima Menghadap Menteri Ekonomi

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,719
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,719
Reaction score
97
Points
80

Raja Perlis Terima Menghadap Menteri Ekonomi​

f7bc627f5b76dfedfbc4f66855eecee46a924139d7b29

Kredit Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima sembah menghadap Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir, dalam satu majlis yang berlangsung di sini semalam.

Turut berangkat ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Datuk Seri Nor Azmie Diron, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Datuk Noor Azman Abdul Rahman dan Pegawai Kewangan Negeri Perlis Saharuddin Sarwan.

Istana Arau dalam kenyataan hari ini memaklumkan pertemuan itu, antara lain memberi ruang berkongsi pandangan mengenai perkembangan ekonomi semasa serta membincangkan agenda pembangunan Perlis.

“Khususnya dalam memperkukuh pertumbuhan ekonomi negeri, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memperluas peluang pelaburan serta aktiviti ekonomi,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa sesi menghadap itu turut menjadi platform memperkukuh hubungan dan kerjasama antara Negeri Perlis dengan Kementerian Ekonomi, dalam memastikan perancangan serta agenda pembangunan negeri dapat diselaraskan dengan keutamaan pembangunan peringkat Persekutuan.

 
Back
Top
Log in Register