BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Raja Permaisuri Agong, Isteri Presiden Singapura Lawat Balai Seni Negara

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Raja Permaisuri Agong, Isteri Presiden Singapura Lawat Balai Seni Negara​

2898dc5c3223f949f7bae26787586bc56a5622e3acd67

2ebaff69f48e4a006b39bcf48d5192536a562342aca30

742d8660d8a6f06e3bd5dc08ee1f10f96a56235bf10f1

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan bergambar semasa hadir pada Pameran Koleksi Tetap Negara diiringi isteri Presiden Singapura Jane Ittogi Shanmugaratnam (empat, kiri) di Balai Seni Negara hari ini.

Turut berangkat, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim (tiga, kanan).
Turut hadir, Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tiga,kiri).

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat mengiringi isteri Presiden Singapura, Jane Ittogi Shanmugaratnam mengadakan kunjungan khas ke Balai Seni Negara, di sini hari ini.

Turut berangkat ke kunjungan khas sempena lawatan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam ke Malaysia itu ialah anakanda Seri Paduka Baginda Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.

Ketibaan Jane Ittogi pada 2.30 petang turut disambut isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Pengarah Balai Seni Negara Amerrudin Ahmad.

Lawatan selama lebih dua jam itu dimulakan di Galeri Digital atau Collection Wall yang menempatkan lebih 5,000 koleksi karya seni.

Jane Ittogi turut diberi peluang mencuba memilih karya menerusi paparan interaktif tersebut yang membolehkan pengunjung mendapatkan maklumat berkaitan seperti nama pelukis, tahun penghasilan serta keterangan karya.

Selepas sesi berkenaan, rombongan turut merakam gambar kenang-kenangan sebelum meneruskan lawatan ke Galeri Tun Razak yang mempamerkan koleksi bertemakan “Cinta Buatan Malaysia” pada era 1979 hingga 1989.

Pameran itu menghimpunkan karya seni yang menggambarkan peristiwa penting Malaysia dalam tempoh 10 tahun tersebut menerusi perspektif pelukis tempatan.

Jane Ittogi turut dibawa melihat karya seniman negara pertama dalam bidang seni visual, Allahyarham Datuk Syed Ahmad Jamal.

Lawatan disusuli ke Galeri 2A yang mempamerkan koleksi seni kontemporari Balai Seni Negara dari 2015 hingga 2025 yang menghimpunkan karya pelukis muda dan veteran termasuk Syafiq Nordin, Red Danny dan Haris Abadi.

 
Back
Top
Log in Register