BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Presiden Singapura Berlepas Pulang Selepas Akhiri Lawatan Negara Tiga Hari

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

Presiden Singapura Berlepas Pulang Selepas Akhiri Lawatan Negara Tiga Hari​

365ff7d27410ee5c6ac304fd55c897a36a5732974eb5a


Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam berlepas pulang hari ini selepas menamatkan lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia.

Tharman dan isterinya Jane Ittogi Shanmugaratnam serta delegasi berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dengan menaiki penerbangan komersial ke Singapura pada 2.20 petang.

Terdahulu, sebaik tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada 1.45 petang, Presiden Singapura itu diberikan Kawalan Kehormatan Statik yang terdiri daripada dua pegawai dan 26 anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja, diketuai oleh Kapten Muhammad Hanafi Ja'afar.

Turut hadir bagi mengucapkan selamat jalan kepada Tharman dan delegasinya ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim.

Lawatan Tharman yang bermula pada Ahad itu adalah atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Selain mencerminkan hubungan dua hala yang rapat dan telah terjalin sekian lama antara kedua-dua negara, kunjungan itu adalah bagi membalas lawatan negara Sultan Ibrahim ke Singapura pada 6 dan 7 Mei 2024.

Itu adalan lawatan negara pertama Tharman ke Malaysia sejak menggalas tanggungjawab sebagai  Presiden Singapura kesembilan pada 14 Sept 2023.

Pada Isnin, Tharman diberikan istiadat sambutan negara sebelum menghadap Sultan Ibrahim di Istana Negara.

Beliau turut mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turut dihadiri oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

 
Back
Top
Log in Register