combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,159
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,159
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi oleh kerajaan Turkiye di Kompleks Presiden di sini hari ini.
Ketibaan Anwar disambut Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, pada 4,30 petang (9.30 malam waktu Malaysia).
Sebaik tiba, lagu kebangsaan Malaysia “Negaraku” dan lagu kebangsaan Turkiye “Istiklal Marsi” dimainkan, diikuti dengan kawalan kehormatan oleh Pengawal Presiden.
Kedua-dua pemimpin seterusnya mengadakan pertemuan empat mata dan bersama-sama mempengerusikan Mesyuarat Majlis Strategik Peringkat Tinggi (HLSC) Malaysia-Turkiye yang pertama.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berada di Turliye dalam lawatan rasmi bermula semalam hingga esok atas undangan Presiden Erdogan.
Lawatan rasmi itu merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Turkiye, yang telah terjalin sejak sekian lama.
Perdana Menteri diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Lawatan ini mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk meningkatkan kerjasama strategik secara lebih tersusun dan menyeluruh, termasuk dalam bidang perdagangan dan pelaburan, industri pertahanan, teknologi, pendidikan serta hubungan rakyat dengan rakyat.
Anwar Terima Sambutan Rasmi Di Turkiye
Anwar Ibrahim, Erdogan, sambutan rasmi, Malaysia,