Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,877
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,877
- Reaction score
- 290
- Points
- 146
PM Anwar Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi rakan sejawatnya dari Jepun Sanae Takaichi memeriksa kawalan kehormat sempena sambutan rasmi lawatan beliau di Pejabat Perdana Menteri hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diberikan majlis sambutan rasmi di Pejabat Perdana Menteri Jepun di sini, bersempena dengan lawatan rasmi pertama beliau ke negara matahari terbit itu.
Sejurus tiba, Anwar disambut rakan sejawatnya Sanae Takaichi dan diberikan kawalan kehormatan, diiringi lagu kebangsaan Malaysia dan Jepun.
Anwar kemudiannya diperkenalkan kepada menteri-menteri Kabinet Jepun dan para pegawai kanan kerajaan, sebelum Perdana Menteri memperkenalkan delegasi Malaysia kepada Takaichi.
Selepas majlis tersebut, kedua-dua pemimpin mengadakan mesyuarat dua hala untuk membincangkan perkara kepentingan bersama dan kerjasama serantau.
Kunjungan itu merupakan lawatan rasmi pertama Anwar ke Jepun sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia pada November 2022, walaupun sebelum ini beliau telah melakukan dua lawatan kerja pada 2023 dan 2024.