BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Gesa FELDA Segera Selesai Isu Perumahan Generasi Kedua, Pemilikan Tanah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Anwar Gesa FELDA Segera Selesai Isu Perumahan Generasi Kedua, Pemilikan Tanah​

9ed97eb254e65cafdb2ff4a25981d0ce6a4b794817b56

Kredit: FB - Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) melipatgandakan usaha menyelesaikan isu yang sekian lama membelenggu warga peneroka khususnya membabitkan perumahan generasi kedua dan pemilikan tanah.

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, beliau berkata isu berkenaan tidak boleh terus dibiarkan berlarutan dan mahukan tindakan segera yang berpaksikan kepentingan warga FELDA.

"Setiap permasalahan perlu diteliti secara cermat dan disusuli pelan penyelesaian yang jelas," kata beliau.

Anwar berkata Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh FELDA serta memastikan setiap ikhtiar yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada para peneroka dan keluarga mereka.

 
Apa yang sy nampak pengurusan peneroka Felda skg ni lebih pada pengurusan harta pusaka yang berkaitan dgn faraid hasil.
 
Back
Top
Log in Register