BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Gesa Ketua Jabatan, Agensi Turun Padang Selesai Masalah Projek Pembangunan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Anwar Gesa Ketua Jabatan, Agensi Turun Padang Selesai Masalah Projek Pembangunan​

6e7fb06db70d3e600f9e20bbfdaf65af6a9febd5cd11c

Kredit: FB - Anwar Ibrahim

Setiap ketua jabatan dan agensi digesa turun padang bagi meneliti permasalahan, memahami kesukaran serta segera menyelesaikan sebarang isu yang menghambat pelaksanaan projek pembangunan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata perkara itu antara yang dibangkitkan ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara Bilangan 1 Tahun 2026 petang ini, yang turut menyentuh isu projek pembangunan berstatus sakit, kelewatan daripada jadual serta kelembapan perbelanjaan peruntukan yang telah diluluskan.

Anwar berkata Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan pembangunan yang besar untuk dilaksanakan oleh kementerian dan agensi di seluruh negara, justeru menjadi tanggungjawab ketua jabatan dan agensi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

“Maka, menjadi tanggungjawab setiap ketua jabatan dan agensi untuk turun sendiri ke lapangan, meneliti permasalahan yang dihadapi serta memahami kesukaran yang menghambat pelaksanaan sebelum segera mencari jalan penyelesaian.

“Kita tidak boleh sekadar berpuas hati apabila peruntukan telah diumumkan dan diluluskan, sedangkan pelaksanaan di lapangan masih tertangguh,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Anwar merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan projek pembangunan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Beliau berkata komitmen berkenaan penting bagi memastikan setiap peruntukan yang dibelanjakan benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat dan negara.

 
Back
Top
Log in Register