..
Soalan mudah untuk Hang:
Kenapa dalam list Future for Foundation tidak ada Korea Utara? ...
p/s: Semut tolong jgn jawab
Sebelum saya jawap saya nak tanya saudara daeng,tahu ke apa dia future foundation tu?Peranan dan fungsinya?
Well, tapi tidak mengapa, Saya akan jawap disini secara jelas tentang Future Foundation.
The Foundation for the Future telah mula mula di cadangkan di Bahrain pada November 2005 oleh menteri menteri luar dari negara negara Middle East, North Africa, Europe dan USA. Ia adalah badan bebas yang melibatkan NGO dan kerajaan kerajan untuk menyokong masyarakat sivil dalam menyuburkan demokrasi dan keadilan di asia barat dan afrika utara.
Pada peringkat awalan, Foundation telah di janjikan dana bantuan oleh beberapa negara perancang seperti United Kingdom, Jordan,Turki, Jordan,Saudi Arabia, Marocco, Qatar ,Syria dan USA. Kebanyakan negara tersebut sudah menyalurkan bantuan pada Foundation kecuali USA.Setakat ni USA tidak beri apa apa dana bantuan pun seperti yang mereka janjikan, mungkin kerana mereka rasakan yang ia lebih memberi manafaat pada masyarakat islam, sebab itu mereka batalkan hasrat untuk beri sumbangan.Tetapi Future Foundation ini tidak bergantung pada USA pun kerana selama ni yang banyak memberi dana adalah Turkey, Jordan dan Arab Saudi je.
DSAI telah di jemput untuk menganggotai Foundation Board pada June 2006 bersama perwakilan dari Morocco, Kuwait, Iraq, Spain, Syria, Turkey, Lebanon, US, Saudi Arabia, Egypt, Switzealand dan Qatar.
Board members yang lain termasuk Kamel Abu Jaber, penasihat menteri luar Jordan; Dr. Cornelio Sommaruga, bekas president International Committee of the Red Cross; Professor Ibrahim Kallin, penasihat menteri luar Turkey; and Sandra Day O’ Connor, bekas hakim mahkamah agung USA.
Mesyuarat pertama Foundation Board diadakan di Doha, Qatar atas jemputan Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani, iaitu Perdana Menteri Qatar pada 15 July 2006.Dalam mesyuarat tersebut, Dato Seri Anwar telah sebulat suara di pilih menjadi pengerusi kehormat pertama Future Foundation selepas nama beliau di cadangkan oleh Perwakilan Jordan dan Turkey.
Pada awalnya Beirut di pilih menjadi ibupejabat Foundation tersebut tetapi terpaksa di ubah ke Jordan kerana krisis lubnan-israel ketika itu. Pada Board Meeting 4 December 2006 di Amman, Jordan, DSAI menemui menteri luar Jordan Abdelelah Al-Khatib, yang mana persetujuan di capai untuk meletakkan ibu pejabat di Jordan dan bukan di beirut.
Isu Future Foundation ni telah di sensasikan oleh Khiry Jamaludin yang kononnya menuduh DSAI menjadi alat USA dalam Foundation ini.Tapi yang jelas Foundation ini di sertai oleh majoriti negara negara islam yang menyalurkan dana dan bukannya USA.
Antara tuduhan KJ dan UMNO menuduh anwar kononnya anwar telah melantik seorang agen USA bernama Ms. Shaha Ali Reza di Foundation dan di tawarkan gaji yang mahal.Sedangkan perlantikan di buat oleh World Bank pada hujung tahun 2005 dan DSAI pada ketika itu tidak mempunyai apa apa jawatan pun dalam Future Foundation.Selepas dari kenyataan KJ yang menuduh Future Foundation tersebut, Future Foundation telah keluarkan kenyataan rasmi dan memberitahu bahawa tindakan undang undang akan di ambil terhadap KJ atau sesiapa yang memfitnah Future Foundation tanpa selidik fakta sebenar.
Asalkan DSAI pegang apa apa jawatan penting di luar negara dengan mudah saja orang orang UMNO labelkan beliau sebagai agen yahudi atau agen asing tanpa tahu fakta sebenar.
Saya rasa saya dah jawap soalan Saudara Daeng secara details.Walaupun soalan saudara bertanya tentang korea utara, tapi saya huraikan secara details dengan panjang lebar.
JAWAPAN KEPADA SOALAN SAUDARA : Sudah tentulah Korea Utara tidak termasuk dalam Future Foundation kerana ia tujuan penubuhan hanya melibatkan negara negara Middle East dan Afrika Utara.Ini bukan idea DSAI tetapi anggota anggota majlis tersebut yang majoriti di anggotai oleh negara negara islam dari Asia Barat dan Afrika Utara.DSAI hanyalah sebagai pengerusi kehormat pertama Future Foundation dan sebarang keputusan rasmi di buat secara kolektif oleh semua anggota panel.Tetapi baru baru ini DSAI telah mengumumkan perletakan jawatan sebagai Pengerusi Future Foundation kerana ingin menumpukan kepada politik tanah air.