Ini bukan soal kipas.Ini soal kebenaran dan fakta.Dan bukannya hujah membabi buta seperti saudara tanpa fakta.Asyik asyik nak kaitkan soal agen yahudi, agen asing dan lain lain.Lepas tu gunakan hujah ezam, nallakarupan dan chandra muzaffar.Lain kali teliti dulu latarbelakang mereka ni, siapa mereka, apa sejarah politik mereka sebelum menerima bulat bulat.Kita ni kena snetiasa belajar dan menimba ilmu dan bukannya percaya mentah mentah dan bulat bulat.Gunakan akal untuk berfikir..Saya tak kisah kalau dikatakan kaki kipas DSAI kerana saya tahu apa yang dia buat sepanjang 17 tahun dalam kerajaan dan apa jasa jasa beliau.Bukan seperti saudara yang hanya setakat dengar hujah hujah orang, lepas tu nak komen kononnya macam tahu tapi sebenarnya tak tahu apa apa pun tadi sekadar syok dengarn cerita oleh tukang karut yang anti DSAI.Antara jasa jasa DSAI yang amat saya kagumi:-
1.Hanya lepas beberapa bulan masuk kemeterian kewangan, beliau ambil rezab bank negara 2 billion dan di serahkan kepada PNB yang pada ketika itu di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim.Kemudian PNB menggunakan pejabat pejabat daerah seluruh malaysia dan salurkan peruntukan 2 billion tersebut kepada seluruh orang mmiskin di malaysia yang mana setiap mereka dapat RM 5 ribu berbentuk saham ASB.
2.Menyelesaikan masalah perumahan polis dengan meluluskan dengan kadar segera RM500 juta.Ketika beliau melihat polis pengiring beliau hanya tinggal di rumah setinggan, beliau memanggil Ketua Polis Negara, Unit Perancangan Ekonomi dan Gabernor Bank Negara untuk cari jalan selesaikan masalah perumahan polis dengan secepat mungkin.Lepas itu peruntukan 500 juta di luluskan.
3.Ketika beliau menteri kewangan, kakitangan kerajaan setiap tahun di beri bonus tanpa henti dan ini di ikuti oleh menteri kewangan seterusnya selepas beliau.
4.Beliau pro kepada masalah orang miskin.Mnneggalakkan kerajaan kerajaan negeri memastikan rumah kos rendah di beri keutamaan.Antaranya Masalah di kg kerinchi dulu diselesaikan oleh beliau.
5.Beliau selamatkan harta negara dari di rompak oleh dr mahathir.Antaranya :-
i) Beliau menghalang duit KWSP di gunakan bagi bail out syarikat perkapalan MISC kepunyaan mirzan mahathir.Akhirnya mahathir gunakan duit petronas sebanyak 2 billion.
ii) Menghalang dr mahathir dari memberi pampasan melampau sebanyak 700 juta kepada tan peik king iaitu orang yang rice menjalankan projek bakun sedangkan recommendation dari Juruaudit price waterhouse membuktikan pampasan adalah jauh lebih rendah.
iii)Beliau menyelamatkan sebuah kawasan rekreasi di negeri sembilan dari di ubah kepada kawasan komersil.Ketika itu menteri besar negeri sembilan hendak gunakan pusat rekreasi itu untuk bina bangunan dan ini di bantah oleh penduduk.Lepas tu dsai arahkan Tan Sri Isa Samad membatalkan dengan segera projek tersebut dan mengarahkan kawasan rekreasi tidak di ubah kepada kawasan komersil.
iv) Dalam bidang pendidikan, beliau mengarahkan ketua pengarah pendidikan agar memastikan mata pelajaran islam di titikberat dan di sekolah sekolah.Dan beliau memastikan bahawa murid murid hendaklah di ajar sembahyang secara praktikal di sekolah sekolah rendah lagi.Di kalangan guru guru, beliau mengarahkan setiap kurses guru guru, program keagamaan di banyakkan dan program berbentuk QIYAMULAI di laksanakan.
v)Ketika Dr Mahathir hendak pecat bekas mufti selangor iaitu Dato Ishak Baharum kerana menghalang orang melayu dari ambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik, DSAI telah mengarahkan menteri besar selagor ketika itu mengangguhkan pemecatan itu dan meminta beliau agar mencari alasan untuk menangguhkan pemecatan tersebut kerana DSAI ingin memujuk DR Mahathir agar menarik balik pemecatan tersebut.Malangnya MB selangor ketika itu meneruskan juga proses pemecatan tersebut akibat tekanan DR Mahathir.
6.Di peringkat antarabangsa, ketokohan beliau amat di akui dari US,Eropah Asia dan Negara Negara OIC.Beliau telah di anugerahkan mneteri kewangan terbaik asia pada tahun 1995 oleh kerana dasar ketelusan beliau dalam memaju pertumbuhan ekonomi.Beliau menjalin persahabatan dengan pemimpin pemimpin negara arab yang menyanjungi ketokohan beliau.Sebab itulah ketika beliau menjalankan pembedahan di munich, German, Raja Arab saudi menghantar pesawat di raja arab saudi untuk menjemput beliau di sana dan menjadi tetamu istana.Layanan seperti ini tidak pernah di terima oleh mana mana pemimpin malaysia sebelum ini malahan beliau di beri kawalan rapi ketika mengerjakan umrah di sana oleh pengiring di raja.
7.Slah seorang pemimpin barat yang amat mengkagumi beliau ialah bekas PM Britain, Margerat tacher yang berkata malaysia terkenal di seluruh dunia kerana ada dua tokoh agung iaitu DSAI dan Dr Mahathir.
Dan banyak lagi kalau nak cerita...
Bukti pembohongan terhadap DSAI:-
Dari tahun 1999 sampai sekarang, tidak ada satu pun tuduhan orang UMNO terhadap DSAI yang dapat di buktikan.Semuanya setakat lepas batuk di tangga.Contohnya 2 hari sebelum pilihanraya tahun 1999, keluar TV kononnya anwar ada duit 3 billion kat luar negara yang di simpan oleh proxy beliau di luar negara termasuk agen yahudi dan cia.Lepas tu orang yang buat kenyataan tu iaitu Tan Sri Murat Khalid mengaku dalam kenyataan bertulis pada Suruhanjaya Di Raja yang menyiasat tentang pita VK Lingam bahawa kenyataan tentang duit 3 billion itu adalah palsu dan beliau di paksa berbuat demikian oleh DR Maharhir melalui Tengku Adnan, Vincent Tan, VK Lingam dan Eusoff Chin, ketua hakim ketika itu.So kalau perkara sebesar ini pun boleh di reka cipta semata mata untuk burukkan DSAI, so cerita cerita yang di jaja oleh iswarahijau untuk burukkan DSAI ni wajarlah kita buang dalam tong sampah saja.
Pembunuhan karektor DSAI telah di lakukan oleh musuh musuh beliau dua tahun sebelum beliau di pecat lagi.Perancangan memang telah di lakukan oleh beberapa orang di keliling Dr Mahathir untuk bergerak ke bahagian bahagian UMNO untuk burukkan DSAI.Masa mula mula di pecat dulu, pada peringkat awal tak timbulkan soal liwat atau seks ni.Yang di beritahu pada orang kampung ialah kononnya DSAI nak jual negara dan lagi satu yang melucukan kononnya dalam rumah DSAI ada satelit CIA.Ini amat melucukan.Lepas tu bila kerajaan sedar mereka tiada bukti dan orang sukar nak percaya, mereka berpakat dan cipta isu seks dan liwat.Sebab tu lah kita tengok masa perbicarann, nampak macam mengarut dan fakta fakta langsung tak di terima akal.Krisis Dr Mahathir-Anwar sebenarnya bukan soal liwat, seks atau soal agen yahudi atau amerika.Sebaliknya soal dasar dan polisi.DSAI di lihat oleh orang di keliling maharhir sebagai orang yang tegas dalam isu isu rasuah.Ini di buktikan apabila ketika dr mahathir bercuti ke england pada tahun 1997, DSAI mengambil kesempatan tersebut dengan mengarahkan ketua pengarah BPR, Dato Shafie Yahya agar memberi cadangan kepada beliau untuk di bentangkan ke parlimen dengan kadar segera untuk perketatkan akta rasuah (pindan 1997).Walau di tentang oleh hampir separuh jemaah menteri, DSAI berjaya mendapat kelulusan parlimen.Sehinggakan ketika itu peguam negara pun tidak setuju dengan pindaan itu, tapi DSAI berkeras bawa ke parlimen.Apa kandungan akta pindaan itu yang di takuti oleh orang orang mahathir?Pindaan itu ialah dengan memasukkan clause berikut "Mana Mana penjawat awam yang melakukan salahguna kuasa dan rasuah, harta mereka bolah di bekukan dan di rampas dalam masa 10 tahun selepas meninggalkan perkhidmatan kerajaan"Sebab itulah kita tengok antara orang yang seronok dan menyokong bermati matian pemecatan DSAI ialah Rafidah Aziz, Daim Zainuddin dan Rahim Thamby Chik.Ketika itu ramai orang tidak menyokong pemecatan DSAI kerana mereka tahu prinsip DSAI tapi malangnya mereka tidak berani bersuara.Antaraorang yang simpati pada DSAI ketika itu ialah Dato Zahid Hamidi, Dato Hishamudin, Dato Dr Affifudin, Dr Ibrahim Saad, Dato Fauzi Abd Rahman, Dato Khalid Yunus, Dr Siti Zaharah Sulaiman,Dato GHani Osman, Tan Sri Muhidin Yasin.Tan Sri Muhidin dalam satu kenyataan beliau sebaik sahaja DSAI di pecat menyatakan pemecatan DSAI adalah sesuatu yang amat menyedihkan beliau.
Ketika DSAI sedang dalam rawatan di German, beliau di kunjungi oleh Yang di pertuan agong ketika beliau masih dalam kerajaan dulu iaitu Tuanku Jaafar.Tuanku Jaafar menyatakan kepada DSAI bahawa beliau tidak pernah di maklumkan mengenai pemecatan DSAI oleh Dr Maharhir sebelum DSAI di pecat.Sedangkan dalam perlembagaan adalah jelas iaitu pemecatan hanya boleh di lakukan oleh Yang Di pertuan agong atas nasihat perdana menteri.Sebaliknya Dr Mahahir memecat DSAI dan kemudian hanya memaklumkan kepada agong.Ini adalah salah sebenarnya.
Well, apa yang saya nyatakan panjang lebar di atasa kebanyakan nya adalah sejarah supaya orang seperti iswarahijau dapat mengambil iktibar dan boleh berfikir dengan bijak.