BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar dakwa Umno bantah bantuan ke negeri PAS

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Anwar dakwa Umno bantah bantuan ke negeri PAS​

627e71d1f16643e862a63c7e387cb528.jpg

0ea4d4c144376fc3b50efccdaaec72d2.jpg

d819fb4e0129445df607023ada763d49.jpg


Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata akan mengekalkan BN dalam kerajaan meskipun ketegangan antara parti-parti gabungan Madani semakin memuncak ketika BN berusaha mendapatkan kuasa menerusi kerjasama baru dengan PN.

Berucap pada Kongres PKR, Anwar yang juga presiden parti itu, berkata dia mengekalkan BN dalam kerajaan demi kepentingan rakyat dan kestabilan negara.

“Itu pilihan saya. Pilihan mereka, biar mereka jawab,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya juga Anwar turut membuat satu dakwaan yang boleh mencetuskan ketegangan antara BN dan PN.

Ketika menafikan dakwaan bahawa pentadbirannya meminggirkan negeri-negeri yang diterajui PN, Anwar mendakwa pemimpin Umno pernah membantah pemberian peruntukan berkenaan.

“Rakan-rakan saya di Kedah, Kelantan dan Terengganu, banyak tegur saya. Banyak rakan-rakan dalam Umno tegur.

“(Mereka dalam Umno berkata) ‘Anwar, ini dasar yang salah. Kenapa bantu?’

Walaupun dia nampak bekerjasama di peringkat negeri, tetapi mereka tidak setuju saya luluskan bantuan untuk Kelantan, Terengganu dan sebagainya,” katanya.

[Baca berita asal]

 
XYAH PERCAYA LAH ..MOHONG JE LEBIH
 
dia tu perdana menteri..kalau umno bantah pun, tapi kalau dia nak bagi, dia boleh je bagi..nape nak petik jugak nama umno..

jenis kaki penipu mcm nie lah
 
Geng PKR sendiri ada yg kene sekat peruntukan 🤣😆

Tak kan yg tu pun Tanya UMNO dia ibarat bang non mohon kat bang non, bang non mintak bang non yg luluskan.


SHAH ALAM: Lima Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) kecewa apabila kerajaan menyekat akses portal peruntukan khas (MyKHAS), Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail.

Menerusi kenyataan bersama pada Sabtu, mereka berkata, Rodziah merupakan wakil rakyat kerajaan ketiga yang dinafikan hak untuk menguruskan peruntukan kawasan Parlimennya.
 
Dah nak habis penggal baru nak suarakan. Cubaan yg bijak utk menjamin peruntukan kpd MP PH bila jadi pembangkang slps PRU16 nanti :ROFLMAO:

 
Back
Top
Log in Register