afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,229
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,229
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Muhyiddin jangka Umno kembali cabar PAS di negeri utara
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menggesa pengundi Negeri Sembilan supaya tidak mudah terpedaya dengan hubungan BN-PN, sambil menyifatkannya sekadar percaturan politik menjelang pilihan raya negeri.
Bekas perdana menteri itu menjangkakan Umno akan kembali mencabar penguasaan PAS di negeri-negeri utara apabila tiba masanya.
Muhyiddin mendakwa kemesraan yang ditunjukkan PAS terhadap Umno ketika ini hanyalah untuk mengelak pertindihan kerusi dan kepentingan kedua-duanya tidak bertembung dalam pilihan raya.
“(PAS mahu) Umno ambil iktibar daripada pilihan raya ini, dia tak lawan dengan PAS di negeri-negeri di utara.
“Tapi ingatlah, saya percaya Umno akan melanggar juga dia (PAS),” katanya Muhyiddin, menurut Utusan Malaysia.
Presiden Bersatu itu turut menggesa pengundi di Negeri Sembilan supaya tidak mudah terpedaya dengan hubungan yang kelihatan mesra antara BN dan PN, sambil menyifatkannya sekadar percaturan politik menjelang pilihan raya negeri.
Di bawah kerjasama pilihan raya bagi PRN Negeri Sembilan, BN bertanding di 25 kerusi manakala PN bertanding di baki 11 kerusi.
Bersatu pula bertanding di 24 kerusi menggunakan logo sendiri walaupun merupakan parti komponen PN. Hubungan parti itu dengan PAS merosot selepas PAS mengambil alih jawatan pengerusi PN, sebelum akhirnya menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu pada bulan lalu.