afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,229
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,229
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Kerjasama BN-PAS mudah di negeri, buntu di pusat
Penganalisis tidak nampak secara jelas bagaimana kerjasama antara PAS dan BN dapat diimplementasikan pada peringkat PRU16. (Gambar Bernama)
Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya (UM) berkata perhitungan di peringkat persekutuan lebih rumit berbanding negeri, yang lazimnya berlegar sekitar isu tempatan, pembahagian kerusi, dan calon menteri besar.
“Di peringkat persekutuan, persoalannya lebih kompleks: siapakah calon perdana menteri, bagaimana pembahagian kerusi Parlimen, kedudukan Bersatu dalam Perikatan Nasional, serta bagaimana Umno mengurus hubungannya dengan Pakatan Harapan, MCA dan MIC,” katanya kepada FMT.
Menurut Tawfik, kerjasama dengan PAS boleh mencetuskan perpecahan dalam Umno dan Barisan Nasional sekiranya ia dipaksakan terlalu cepat, walaupun parti itu mungkin mampu menyumbangkan kerusi untuk membentuk kerajaan.
Baru-baru ini, cakap-cakap tentang kerjasama antara PAS dan BN menjelang PRN Negeri Sembilan mengundang pertanyaan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung, sama ada kepimpinan MCA meluluskan kerjasama itu.
“Mungkin kerana pengaruh PAS tak besar di Johor dan Negeri Sembilan, jadi mereka beri laluan kepada BN. Tapi bagaimana dengan Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu? Adakah PAS sanggup memberi laluan atau BN bersedia memberi laluan?” soal Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia.
Penganalisis itu berkata pihaknya tidak nampak secara jelas bagaimana kerjasama antara PAS dan BN dapat diimplementasikan pada peringkat PRU16. “Yang ada sekarang pun lebih kurang kepada pakatan pilihan raya yang agak longgar.”
GPS, GRS benteng kerajaan perpaduan
Sementara itu, Tawfik meragui kemenangan BN di Negeri Sembilan dan Melaka akan menggugat pentadbiran Anwar Ibrahim, walaupun ia akan meningkatkan kuasa tawar-menawar BN.
“Buat masa ini, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah berkemungkinan terus menjadi benteng kepada kerajaan kerana kedua-duanya gabungan ini bersama BN telah menyatakan sokongan untuk meneruskan kerajaan sehingga tamat penggal,” katanya.
Mazlan senada mengatakan Sarawak dan Sabah yang menentukan sama ada pentadbiran Anwar sempat menghabiskan penggalnya. “Harus diingat sekarang kerajaan perpaduan ada 153. Jika BN menarik sokongan — 30 keluar kerajaan — maka masih ada 123 menyokong.”
Sesebuah parti politik memerlukan sokongan 112 daripada 222 Ahli Parlimen untuk peroleh majoriti mudah di Dewan Rakyat, untuk membentuk kerajaan.
Pada kedudukan sekarang, BN menduduki 30 kerusi manakala PN memiliki 68.