afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,222
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,222
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Kerjasama BN-PN di Pahang bergantung kepada PAS
Penganalisis kata PAS dan Umno ‘sama kuat’ dan ‘agak seimbang’ di Pahang, di sebalik cakap-cakap mengenai kerjasama antara BN-PN. (Gambar Bernama)
Dua penganalisis dihubungi FMT memperakui kekuatan PAS menyaingi Umno di Pahang, dengan Azmi Hassan berkata mereka ‘sama kuat’ manakala Mazlan Ali pula menggambarkan ia sebagai ‘agak seimbang’.
Mengulas pengumuman PAS Pahang bahawa ia sedia berbincang dengan Umno berhubung pemilihan menteri besar, Mazlan menyoal apakah pembahagian kerusi yang boleh diterima parti itu.
“Dalam situasi PAS yang kuat ini, adakah PAS boleh menerima pembagian kerusi yang sesuai? Adakah PAS bersedia untuk memberi laluan kepada Umno,” kata penganalisis di Universiti Teknologi Malaysia ini kepada FMT.
“Ada kemungkinan PN meminta kerusi yang lebih daripada yang mereka ada sekarang. Itu tidak mustahil kerana di sesetengah tempat PN hampir menang dengan majoriti tipis.”
Semalam, Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar mengumumkan PAS sedia berbincang dengan Umno mengenai pemilihan menteri besar, menyahut kenyataan Naib Presiden Umno Wan Rosdy Wan Ismail bahawa kerjasama antara pada PRU16 bukan mustahil.
Kedudukan di DUN ketika ini menyaksikan Umno dan PAS masing-masing menduduki 17 dan 15 kerusi. Umno membentuk kerajaan negeri bersama MCA dan MIC, yang masing-masing satu kerusi, dan Pakatan Harapan yang menyumbang 10 kerusi, iaitu enam kerusi DAP, tiga PKR dan satu Amanah. PAS berada di blok pembangkang bersama Bersatu, yang menduduki dua kerusi.
Felo Majlis Professor Negara, Azmi Hassan, pula mengambil kira kehadiran Wawasan yang disokong PAS. Parti itu pertama kali bertanding kali pilihan raya di Negeri Sembilan baru-baru ini dan menang di tiga daripada empat kerusi yang diperuntukkan PN kepadanya.
Beliau berkata kerjasama BN-PN boleh dilakukan “kecuali Umno ataupun PAS bersama Wawasan mahu bertanding lebih daripada kerusi yang mereka miliki sekarang ini.”
Azmi juga berkata PN dapat menyamai kerusi Umno kerana Bersatu. “Tujuh belas kerusi yang dimiliki PAS itu bersama Bersatu, yang mana Bersatu tidak bersama-sama dengan Perikatan Nasional pada ketika ini.”
Berhubung pemilihan menteri besar, Azmi berkata Umno mempunyai sedikit kelebihan untuk jawatan itu kerana merupakan penyandang, serta dilihat mempunyai hubungan lebih akrab dan mesra dengan Istana Pahang berbanding PAS.
“Saya melihat bakal menteri besar bukan bergantung jumlah kerusi yang dimiliki tapi paling penting hubungan parti politik tersebut dengan istana,” katanya.