BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemuda bimbang PAS-Umno kembali bertelagah, tuntut penyatuan ‘tak bermusim’

afwan83

Active+ Member
Messages
3,218
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,218
Reaction score
12
Points
25

Pemuda bimbang PAS-Umno kembali bertelagah, tuntut penyatuan ‘tak bermusim’​

4cbf7db8-32ba-46c9-87ea-0dff712271b8-Afnan-Hamimi-fmt-030926-1.jpg

Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden, berkata penyatuan bersama Umno perlu dibina atas kepentingan umat dan tidak bergantung kepada percaturan politik semata-mata.

Katanya, penyatuan itu perlu dibina atas kepentingan umat dan tidak bergantung kepada percaturan politik semata-mata.

“Penyatuan tidak boleh bermusim. Kita tidak boleh bersatu ketika mahu menang, tetapi kembali bertelagah setelah mendapatkan kemenangan.

“Kita tidak boleh hanya duduk bersama apabila mempunyai musuh yang sama, tetapi berpisah apabila kepentingan politik mula berubah,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-67.

MN gagal ada kelompok pentingkan diri

Dalam pada itu, Afnan mengingatkan kegagalan Muafakat Nasional (MN) sebelum ini tidak wajar berulang.

Beliau berkata, MN yang pernah menyaksikan PAS dan Umno duduk bersama terhenti apabila wujud kelompok tertentu mementingkan diri, menjurus berlakunya perpecahan.

“Ada kelompok-kelompok yang menyebabkan perpecahan itu kembali berlaku. Ada sikap-sikap yang mementingkan diri, tidak kira daripada sesiapa pun, yang menyebabkan perpecahan itu kembali berlaku.

“Sebab itu kita ulang beberapa kali, penyatuan yang ada ini tidak boleh bermusim. Mesti mengetepikan semua kepentingan yang ada, barulah penyatuan yang sebenar-benarnya dapat dibina,” katanya.

Afnan berkata, landskap politik negara sentiasa berubah dan perkara yang dianggap mustahil pada masa lalu boleh berlaku apabila wujud kesediaan untuk mencari titik persamaan, merujuk kehadiran pemimpin Umno ke muktamar.

“Tidak pernah kita menyangka pada hari ini kita akan menerima tetamu daripada rakan-rakan gabungan dan daripada rakan yang sekurang-kurangnya menjadi lawan.Tidak pernah kita menyangka,” katanya.

Beliau berkata, perkembangan di Johor dan Negeri Sembilan menunjukkan kerjasama antara parti Melayu-Islam boleh dibuat.

Afnan berkata, di Johor, Presiden PAS Hadi Awang memberi isyarat supaya penyokong Perikatan Nasional (PN) mengundi calon Umno di kerusi tidak ditandingi PAS, manakala rundingan di Negeri Sembilan pula dapat dibuat tanpa pertembungan.

Katanya, Pemuda PAS perlu mengambil tanggungjawab memastikan ‘benih penyatuan’ yang sudah ditanam terus disiram dan dibajai supaya hubungan PAS-Umno tidak kembali terputus.

“Generasi terdahulu telah membuka jalannya dan menanam benihnya. Hari ini kita melalui jalan tersebut dengan penuh penyatuan yang kita pimpin. Inilah amanah kita. Inilah tanggungjawab kita,” katanya.
 
Tgu masa saja, nnt akan bertelagah.

Sama jer dulu PAS-DAPig, Ayatullah Mullah TGHH siap ckp perbezaan PAS-DAPig cuma 5%, tu pun teruk berantakan.
 
Back
Top
Log in Register