BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Tak perlu takut, tak perlu gentar’ dengan kerjasama Umno-PAS, Pemuda NS beritahu MCA, MIC

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

‘Tak perlu takut, tak perlu gentar’ dengan kerjasama Umno-PAS, Pemuda NS beritahu MCA, MIC​

ad035e06-mohamad-fadil-md-zin-umnopic-220726.jpg

Ketua Pemuda Umno NS, Fadil Md Zain, kata hasil PRN Negeri Sembilan membuktikan manfaat kerjasama dengan PAS. (Gambar Umno)

Mengambil contoh PRN Negeri Sembilan yang menyaksikan MCA menumbangkan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook di DUN Chennah dan memperoleh kerusi, Fadil Md Zain berkata kerjasama politik perlu dilihat berdasarkan hasil kepada parti dan bukan sentimen atau kepentingan peribadi semata-mata.

“Anda tidak perlu takut dengan penyatuan ini. Anda tidak perlu gentar dengan kerjasama ini kerana kami telah membuktikan di Negeri Sembilan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

“MCA daripada tidak mempunyai satu pun kerusi telah berjaya memperoleh dua kerusi. Apatah lagi, yang membanggakan kami adalah, kerusi yang selama ini dipegang oleh Loke hari ini telah pun berjaya dirampas oleh MCA,” tambahnya.

Pada masa sama, Fadil berkata Umno perlu bijak memilih rakan kerjasama dalam landskap politik sekarang.

“Kalau Umno salah pilih kawan, takut nanti kita yang sawan. Kalau Umno salah memilih rakan, takut nanti kita yang kena makan. Kalau Umno salah memilih sahabat, takut nanti ahli kita pula yang kena sebat,” katanya.
 
Dapat kalahkan Undang Loke at the expense of being 2ndclass citizen, berbaloi kah wahai MCA dan MIC?

Bersedia digelar Ahluz Zimmah? Bersedia dipinggirkan dari menentudasar kerajaan?
 
Back
Top
Log in Register