BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS kerjasama BN: Mana suara MCA, MIC, soal Loke

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

PAS kerjasama BN: Mana suara MCA, MIC, soal Loke​

6a8580da-anthony-loke-siew-fook-fmt-070626-1.jpg

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata naratif ‘semua salah DAP’ akan dimainkan pada PRN Negeri Sembilan.

Setiausaha Agung, Loke Siew Fook, berkata beliau ingin tahu apa pendirian dua parti komponen itu, walaupun menjadi hak masing-masing untuk bekerjasama.

“Saya nak tanya pendirian parti komponen BN terutama MCA dan MIC, mereka kata penyandang kerusi antara Umno dengan PAS berlawan antara satu sama lain, jika penyandang adalah PAS, mereka akan lawan,” katanya menurut Berita Harian.

Dalam pada itu, Loke yang juga ketua DAP Negeri Sembilan berkata partinya bakal berdepan ujian getir kerana lawan akan memainkan naratif berunsur perkauman sepanjang tempoh kempen PRN Negeri Sembilan, bermula Sabtu ini.

Katanya, PAS sanggup kalah daripada melihat DAP menang.

“Mereka akan kata semua salah DAP dan DAP mesti ditolak. Kita lihat Perikatan Nasional (PN) terutama PAS sudah memulakan serangan seperti ini dan dia (PAS) nak kita kalah walaupun mereka tak boleh menang,” katanya.

Awal hari ini, Presiden PAS Hadi Awang mengakui sedang berunding agihan kerusi bersama BN, sambil menyatakan bersetuju BN mempertahankan 14 kerusi dimenangi pada PRN Negeri Sembilan lalu, manakala PAS bertanding di tiga kerusi.

Hadi berkata, baki 17 kerusi lagi akan dimuktamad menerusi rundingan bersama parti itu.

Negeri Sembilan mempunyai 36 DUN dengan PH menguasai 17 kerusi melibatkan DAP (11), PKR (5), dan Amanah (1).

BN menyandang 14 DUN, manakala Perikatan Nasional (PN) menang lima, dengan dua daripadanya diwakili Bersatu.

Hari pengundian PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada 1 Ogos, manakala penamaan calon 18 Julai, dan pengundian awal akan berlangsung 28 Julai.
 
Back
Top
Log in Register