BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tak perlu putus kerjasama dengan PN, Zahid jawab MIC

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Tak perlu putus kerjasama dengan PN, Zahid jawab MIC​

b2afe64c-c339-40d0-ab30-b2aa2120ad34-13-ZAHID-HAMIDI-BN-GEMAS-NEGERI-SEMBILAN-MOGANRAJ-FMT-260...jpg

Pengerusi Barisan Nasional Zahid Hamidi menegaskan mana-mana pemimpin parti politik termasuk Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional Sanusi Nor harus menghormati kemajmukan masyarakat dalam negara.

Pengerusi BN, Zahid Hamidi, berkata beliau telah membuat penjelasan mengenai perkara itu dalam kempennya di Port Dickson semalam, yang turut dihadiri oleh Presiden MIC SA Vigneswaran.

“Presiden MIC ada di hadapan saya ketika saya berucap. Beliau berpuas hati dengan usaha yang saya lakukan kerana perdana menteri juga telah menyatakan pendirian sama.

“Soal etnik, agama, dan institusi raja-raja tidak sepatutnya disentuh,” katanya pada sidang medianya selepas menghadiri Karnival Hari Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Selatan di Kem Syed Sirajuddin.

Beliau mengulas gesaan Vigneswaran supaya BN menilai semula kerjasama pilihan rayanya dengan PN serta mempertimbangkan bertanding solo dalam pilihan raya negeri akan datang.

Ia susulan kenyataan Sanusi yang membayangkan bahawa kaum lain di Malaysia masih mempunyai negara asal masing-masing, sekali gus dikecam pelbagai pihak.

Vigneswaran berpandangan kenyataan berulang kali oleh beberapa pemimpin PAS mengenai isu kaum dan agama boleh menjejaskan sokongan pengundi berbilang kaum terhadap BN.

Dalam pada itu, Zahid berkata mana-mana pemimpin parti politik termasuk Sanusi harus menghormati kemajmukan masyarakat dalam negara.

“Disebabkan sunnatullah menentukan Malaysia bermasyarakat majmuk. Kena hormati,” katanya.

Khamis lalu, Sanusi yang juga menteri besar Kedah berkata ‘Tanah Melayu’ merupakan satu-satunya tempat tinggal orang Melayu, tidak seperti kaum lain.

Seorang Ahli Parlimen DAP kemudian menggesa pihak berkuasa menyiasat Sanusi dengan alasan kenyataan tersebut menghina jutaan rakyat Malaysia berketurunan Cina dan India.

BN dan Pakatan Harapan (PH) yang menjadi tunjang kepada kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan kini berdepan persaingan sengit dalam PRN, terbaru di Negeri Sembilan menyaksikan persefahaman antara BN dengan Perikatan Nasional (PN) tanpa Bersatu.
 
Back
Top
Log in Register