BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Struktur PN tak ubah selepas PAS henti kerjasama dengan Bersatu, kata pengerusi

afwan83

Active+ Member
Messages
3,223
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,223
Reaction score
12
Points
25

Struktur PN tak ubah selepas PAS henti kerjasama dengan Bersatu, kata pengerusi​

4b6029b5-ahmad-samsuri-fb-120426-3.jpg

Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar berkata sebarang perkara membabitkan keahlian atau kedudukan mana-mana parti dalam PN perlu melalui proses perbincangan dan keputusan bersama di peringkat kepimpinan. (Gambar Facebook)

Pengerusi PN, Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata setakat ini komposisi PN masih kekal membabitkan PAS, Bersatu, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) dan Gerakan.

Menurutnya, terpulang kepada Bersatu sama ada mahu kekal atau meninggalkan PN dan isu keahlian Bersatu dijangka dibincangkan dalam mesyuarat tertinggi gabungan itu malam esok.

“Antara agenda yang penting ialah keanggotaan dalam PN,” katanya menurut Berita Harian selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kuala Krau Ke-40 di Kompleks Al-Makmur, Kerdau di Temerloh.

Naib presiden PAS dan menteri besar Terengganu itu berkata, sebarang perkara membabitkan keahlian atau kedudukan mana-mana parti dalam PN perlu melalui proses perbincangan dan keputusan bersama di peringkat kepimpinan.

Isu kedudukan Bersatu dalam PN kembali menjadi perhatian selepas timbul pelbagai spekulasi berhubung hala tuju parti itu selepas Presiden PAS, Hadi Awang pada awal bulan ini mengumumkan hubungan partinya dengan Bersatu sudah berakhir.

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin pada 16 Jun lalu dilaporkan berkata, Bersatu memutuskan untuk terus kekal dalam PN dan akan bertanding menggunakan logo gabungan itu pada PRN Johor serta Negeri Sembilan.
 
Back
Top
Log in Register