BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengundi tak keliru PAS, Bersatu guna logo PN, kata Samsuri

afwan83

Active+ Member
Messages
3,229
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,229
Reaction score
12
Points
25

Pengundi tak keliru PAS, Bersatu guna logo PN, kata Samsuri​

1739237d-ahmad-samsuri-mokhtar-bernama-250626-1.jpg

Pengerusi Perikatan Nasional Ahmad Samsuri Mokhtar berkata penggunaan satu logo oleh PAS dan Bersatu pada PRN Johor tidak akan menimbulkan kekeliruan di kalangan pengundi. (Gambar Bernama)

Pengerusinya, Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata ini memandangkan kedua-dua parti tidak bertembung sesama sendiri di kerusi yang ditandingi.

“PAS guna logo PN, begitu juga Bersatu. Tidak ada yang keliru kerana PAS tidak berlawan dengan Bersatu dalam kerusi PN.

“Jadi tidak berlaku sebarang pertindihan atau pertembungan,” katanya selepas Majlis Pengumuman Calon PAS PN bagi PRN Johor malam tadi, menurut Sinar Harian.

Terdahulu, PAS mengumumkan akan bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Jementah, Tenang, Simpang Jeram, Maharani, Sungai Balang, Semerah, Seri Medan, Endau, Pasir Raja, Tiram dan Kahang.

Manakala Bersatu pula mempertaruhkan 16 calon yang akan bertanding, termasuk bekas menteri besar Johor Dr Sahruddin Jamal dan bekas timbalan speaker Dewan Rakyat Rashid Hasnon.

Kerus yang ditandingi parti itu ialah Kemelah, Bukit Kepong, Bukit Pasir, Serom, Bukit Naning, Semarang, Parit Raja, Senggarang, Rengit, Layang-Layang, Tenggaroh, Panti, Sedili, Johor Lama, Penawar dan Stulang.
 
Back
Top
Log in Register