BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bersatu masih anggota PN, kata Samsuri

afwan83

Active+ Member
Messages
3,229
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,229
Reaction score
12
Points
25

Bersatu masih anggota PN, kata Samsuri​

83edd060-3c27-4588-8677-ef3dc68a0a59-PENGERUSI-PN-AHMAD-SAMSURI-MOKHTAR-MANIFESTO-PN-PRN-NEGER...jpg

Pengerusi PN, Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata berkata kedudukan Bersatu dalam PN belum berubah walaupun timbul dakwaan bahawa keanggotaan parti berkenaan gugur susulan hasrat mahu membentuk gabungan politik baharu.

Katanya, kedudukan Bersatu dalam PN belum berubah walaupun timbul dakwaan bahawa keanggotaan parti berkenaan gugur susulan hasrat mahu membentuk gabungan politik baharu.

“Setakat hari ini, mereka (Bersatu) masih lagi ahli dalam PN,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata di Konvensyen Pas Perak Ke-23 di Taiping.

Jumaat lalu, Hadi mendakwa Bersatu secara automatik terkeluar daripada PN tanpa memerlukan surat rasmi mahupun keputusan jawatankuasa memandangkan parti itu mengumumkan pembentukan gabungan baharu.

Kata Hadi, tindakan menyertai atau menubuhkan blok politik lain secara sendirinya menghentikan keahlian sesebuah parti mengikut prinsip perlembagaan PN.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali, menafikan dakwaan Hadi dan berkata tiada klausa dalam perlembagaan PN yang memperuntukkan keahlian sesebuah parti ditamatkan secara automatik.

Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz pula berkata parti itu merancang untuk membuat laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung statusnya sebagai parti komponen PN.

Mengulas kenyataan Tun Faisal itu, Samsuri berkata Bersatu berhak mengambil apa juga langkah yang difikirkan sesuai.
 
Back
Top
Log in Register